Ibnu Sina merupakan doktor Islam yang ulung. Sumbangannya dalam bidang medis bukan saja diakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh para sarjana Barat. Nama Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Hussain Ibnu Abdullah. Tetapi di Barat, beliau lebih dikenali sebagai Avicenna.
Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastra. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan kedokteran. Walaupun Ibnu Sina menguasai berbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafat tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang kedokteran sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.

Ibnu Sina mulai menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diobati oleh dokter lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang kedokteran tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama). Kemasyhurannya melampaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Roma pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine.
Dalam rentang waktu tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan dasar di universitas-universitas Italia dan Perancis. Bahkan abad ke-19, bukunya masih dicetak dan digunakan oleh para pelajar kedokteran. Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heart yang mengandungi sajak-sajak kedokteran.
Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menguraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara pengobatannya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan saja. Tetapi merambah bidang dan ilmu lain seperti metafisik, musik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.